Pengenalan Hutan Pesisiran Pantai Negara

Kawasan pesisiran pantai merupakan entiti yang kompleks di mana pelbagai interaksi haiwan, tumbuhan, manusia dan kuasa alam yang dinamik berlaku. Pada amnya, kawasan pesisiran pantai di negara ini terdiri daripada pelbagai bentuk rupa bumi dan keadaan geo-morfologi yang berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain seperti pantai landai dan berpasir, tanah berlumpur di kawasan hutan bakau, delta, muara sungai, dan sungai yang di pengaruhi oleh air masin. Kawasan ini merupakan kawasan yang agak sensitif apabila terganggu sama ada akibat pembangunan atau secara semulajadi seperti pukulan ombak atau banjir.

pengenalan-hutan-persisiran-pantai-negaraPesisiran Pantai Negara

 

Kewujudan lapisan hutan semulajadi seperti pokok-pokok bakau dan nipah adalah sangat penting sebagai benteng pemecah ombak untuk melindungi pesisiran pantai. Daripada peristiwa tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 telah terbukti bahawa kawasan-kawasan yang terdapat lapisan hutan semulajadi mengalami kesan kerosakan yang lebih rendah berbanding dengan kawasan yang berhadapan dengan laut lepas.

Menyedari hakikat ini, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah menggesa supaya langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan impak dan kerosakan jangka panjang dipertingkatkan. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta dalam RMK-9 untuk melaksanakan program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara ini.