PAUTAN

TSUNAMI DAN KESAN-KESANNYA

Image
Tsunami di kawasan pantai
Peristiwa tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 lalu telah melibatkan 18 buah negara. Ianya disebabkan oleh kejadian gempa bumi berukuran 9 skala Richter di Lautan Hindi ke utara Pulau Sumatera, Indonesia dan telah mengorbankan beribu-ribu nyawa serta merosakkan harta benda termasuk di Malaysia.

 

 

 

 

Kesan Ke atas Penduduk dan Infrastruktur

Image
Kesan tsunami
Peristiwa tsunami telah mengakibatkan ratusan ribu nyawa terkorban. Di samping itu, ianya menyebabkan kerosakan yang besar ke atas harta benda dan kemudahan infrastuktur seperti jalan raya, jeti, rumah-rumah kediaman, bot-bot nelayan dan peralatan menangkap ikan, kawasan ternakan ikan, kawasan-kawasan pelancongan dan infrastruktur-infrastruktur lain sepanjang pesisiran pantai di negara-negara yang dilanda tsunami.

 

 

 

Kesan Ombak Tsunami Di Negeri-Negeri

Negeri Kedah:

Image
Kesan tsunami di Kuala Muda
Negeri Kedah adalah antara negeri yang mengalami kesan tragedi tsunami yang teruk dari segi sosio ekonomi. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah di Kuala Muda dan Pulau Langkawi. Seramai 12 orang terkorban dan 27 orang lagi tercedera di Kuala Muda manakala di Langkawi hanya seorang maut akibat tsunami. Peristiwa ini juga telah menjejaskan mata pencarian serta mengakibatkan kerugian kepada 4,100 orang nelayan dan 114 orang petani.

 

 

 

Negeri Pulau Pinang:

Image
Kesan tsunami di Pantai Tanjung Tokong
Di negeri Pulau Pinang, kawasan yang terlibat adalah di kawasan pesisiran pantai Balik Pulau, Pantai Pasir Panjang, Teluk Bahang dan Batu Feringgi. Didapati kawasan-kawasan hutan bakau tidak mengalami kemusnahan melainkan hanya terdapat kesan yang amat minima ke atas anak pokok seperti Lenggadai, Nyireh dan sebagainya yang terjejas akibat pukulan ombak serta arus air yang melimpahi kawasan hutan. Dilaporkan seramai 52 orang maut manakala 206 orang lagi tercedera di Pulau Pinang dan sekaligus mencatat angka korban tertinggi di Malaysia ekoran peristiwa tsunami. Sejumlah 2,486 orang nelayan dan 86 orang petani mengalami kerugian akibat tsunami.

 

Negeri Perak:

Negeri Perak tidak mengalami kesan kerosakan akibat peristiwa tsunami sama ada kerosakan dari segi infrastruktur mahupun terhadap dirian hutan bakau di pesisiran pantai tetapi peristiwa ini telah mengorbankan tiga nyawa manusia.

 

Negeri Perlis:

Walaupun Negeri Perlis berada berhampiran dengan kejadian ombak yang besar di pesisiran pantai Phuket, Thailand, tetapi kawasan pesisiran pantai Negeri Perlis ini mengalami kesan yang lebih minima berbanding kawasan pesisiran pantai di Phuket. Tiada kematian dan kecederaan dilaporkan manakala seramai 409 orang nelayan dan seorang petani terjejas mata pencarian mereka ekoran peristiwa tsunami.

 

 

 

 

 
< Sebelum   Seterusnya >
Dasar Privasi dan Keselamatan || Peta Laman || Version 1.0
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1024x768 menggunakan Microsoft Internet Explorer 6.0 dan ke atas.