PAUTAN

PENANAMAN POKOK PESISIRAN PANTAI
Image
Kawasan Penanaman
 
  

Terdapat 2 cara penanaman pokok di pesisiran pantai negara yang telah dilakukan di Malaysia. Cara penanaman pokok pesisiran pantai adalah seperti berikut:

 

Penanaman Pokok Bakau 

Image
Anak pokok bakau

Ciri-ciri kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok bakau adalah :

  • Di kawasan hutan paya laut yang sentiasa mengalami air pasang surut

  • Keadaan tanah berlumpur 

 Saiz dan umur anak pokok yang boleh ditanam :

  • Bakau Kurap (Rhizophora mucronata), tinggi minimal anak pokok yang boleh ditanam adalah 55 cm dengan jumlah daun 4-6 helai.

  • Bakau Minyak (Rhizophora apiculata), tinggi minimalnya adalah 30 cm dengan jumlah daun 4 helai.

 

Penanaman Pokok Spesies Lain di Pesisiran Pantai

Image
Rhu Pantai
Terdapat pelbagai spesies yang ditanam di kawasan berpasir seperti Rhu Pantai (Casuarina equisetifolia), Bintagor Laut (Calophyllum inophyllum), Ketapang (Terminalia catappa), Kelat Jambu Laut (Syzygium grande) dan lain-lain.

Ciri-ciri kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok pesisiran pantai adalah :

  • Di kawasan pantai berpasir, dan tidak digenangi oleh air

  • Tidak terkena pasang surut air laut

  • Tidak mengalami hakisan pantai yang serius

 

 
< Sebelum   Seterusnya >
Dasar Privasi dan Keselamatan || Peta Laman || Version 1.0
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1024x768 menggunakan Microsoft Internet Explorer 6.0 dan ke atas.