Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2013
Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2013: "Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara Untuk Kesejahteraan Masyarakat"
Tarikh | : | 11 - 13 Jun 2013 (2 - 4 Syaaban 1434H) |
Tempat | : | Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu |
Perasmian Oleh | : |
YB Dato' Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman |
Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010: "Kepelbagaian Hutan Pesisiran Pantai, Warisan 1malaysia"
Seminar pada kali ini merupakan siri terakhir bagi aktiviti pengukuhan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9 : 2006 - 2010). Seminar yang berlangsung di Grand Ballroom 1Borneo, Kota Kinabalu pada 5-6 Oktober 2010 lalu telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Y. Bhg. Datuk Aziyah Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Y. Bhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Y. Bhg. Datuk Sam Mannan, Pengarah Perhutanan Sabah.
Tarikh : 5 - 6 OKTOBER 2010
Tempat : Grand Ballroom 1borneo, Kota Kinabalu, Sabah
Perasmian Oleh :Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa HJ. Aman, Ketua Menteri Sabah
Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2009: "Memulihara Pesisiran Pantai Bersama Masyarakat"
Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2009 telah diadakan pada 1-2 Disember 2009 di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak. Seminar yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Sarawak ini turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato' Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Y. Bhg. Datu Haji Len Talif Salleh, Pengarah Hutan Sarawak.
Seminar Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2008: “Hasil Penyelidikan dan Aplikasinya Kepada Tanaman Serta Kesedaran Komuniti”
Seminar Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2008: “Hasil Penyelidikan dan Aplikasinya Kepada Tanaman Serta Kesedaran Komuniti” telah dirasmikan oleh Dato' Haji Azmi bin Che Mat, Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 28-29 Oktober 2008 bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang.
Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato' Haji Azmi bin Che Mat
Dato� Haji Azmi bin Che Mat melancarkan buku Panduan Menanam Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
Para peserta yang mengikuti seminar pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara 2008
Dato� Haji Azmi bin Che Mat melihat pameran poster diiringi oleh Dato� Seri Azahar bin Muda Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
Seminar Hutan Pesisiran Pantai Negara: Kearah Tindakan Bersama pada 4-7 November 2007 di Residence Resort Paka, Terengganu.
Semasa Perasmian Seminar di Paka, Terengganu
Seminar Hutan Pesisiran Pantai Negara: Peranan Agensi Kerajaan dan Masyarakat Tempatan pada 23 November 2006 di Hotel Putra Brasmana, Perlis.
Semasa Perasmian Seminar di Perlis
Peserta seminar di Perlis, 2006