Tumbuhan-Tumbuhan Pesisiran Pantai Negara
Sila klik ruangan berwarna merah untuk susun senarai di bawah
Sila klik ruangan berwarna merah untuk susun senarai di bawah
Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Soalan Lazim | Peta Laman |
|
|
Pokok Api-Api Putih |
Bunga Api-Api Putih |
Buah Api-Api Putih |
Pokok Api-api putih adalah kumpulan spesies perintis yang berada di kawasan zon hadapan hutan paya laut yang sering dijumpai di tepi laut dan juga sungai. Ciri-ciri morfologi pokok Api-api putih adalah berbatang licin dan berwarna kelabu serta berpuru halus. Kulit dalamnya keras seakan-akan berwarna putih. Mempunyai daun berbentuk lembing, tirus ke pangkal, berkilat dan berwarna hijau tua di sebelah permukaan atas daun dan keputih-putihan di bahagian permukaan belakang daun. Tulang belakang daun nampak kekuning-kuningan. Mempunyai bunga yang kecil, berwarna kuning serta buah berwarna hijau dan berbulu dengan bentuk rupanya seakan-akan pacat kekenyangan.
Anak Pokok |
Bunga Bakau Kurap |
Buah dan Bunga |
Pokok Bakau Kurap mempunyai ciri morfologi yang hampir sama dengan Bakau Minyak. Pokoknya sederhana besar serta mempunyai lengkungan akar jangkang dan akar topang yang berfungsi mengukuhkan dirian pokok. Kulitnya beretak-retak sekeliling batang serta warna hampir kehitam-hitaman. Daunnya berbentuk bujur dan lebar serta berbintik coklat di bahagian permukaan belakang daun. Hujung dan pangkal daun berbentuk dempak serta berduri bahagian belakang. Daun pengasuh berwarna hijau atau kemerah-merahan. Bakau Kurap mempunyai bunga yang lebih besar dari Bakau Minyak dan tangkai bunga berwarna putih serta berkelopak tebal. Buah berbentuk bulat telur dan akan matang menjadi dua kali ganda panjang saiz berbanding Bakau minyak.
Anak Pokok |
Buah dan Daun |
Bunga Bakau Minyak |
Bakau Minyak tumbuh di kawasan yang paling rendah pasang surut di mana kawasan ini terdiri dari tanah yang lembut dan berlumpur. Pokok ini mempunyai akar jangkang yang berfungsi menyesuaikan diri dengan keadaan kawasan yang berlumpur. Selain mempunyai sistem akar jangkang, pokok dewasa kebanyakannya mempunyai akar sokongan (akar topang) yang tumbuh ke bawah. Akar-akar ini keluar daripada dahan-dahan besar yang berada di bawah dan ianya berfungsi secara semula jadi menahan pokok daripada tumbang oleh pukulan ombak Struktur daun dan dan angin kencang.
Spesies ini mempunyai bunga berwarna kuning. Bunga Bakau Minyak dan ’propagules’ berukuran lebih kurang 35 sentimeter panjang dan berwarna hijau gelap. Helaian daunnya adalah tebal dan hujung yang runcing. Bakau Minyak dapat dibezakan dari segi sifat morfologi dengan Bakau Kurap iaitu tidak mempunyai bintik di permukaan belakang daun serta tulang belakang dan tangkai daun berwarna kemerah-merahan.
Pokok Bebaru |
Bunga bebaru |
Pokok Bebaru terdapat di kawasan pesisiran pantai yang berpasir iaitu di bahagian lapisan belakang hutan paya laut dan juga terdapat di tepian sungai. Pokok ini adalah sederhana tinggi dengan mempunyai dahan yang banyak serta daun-daun lebar yang lebat. Ianya mempunyai bunga berwarna kuning dan buah adalah jenis kapsul yang berbentuk bulat.
unga pokok Berembang |
Pokok Berembang |
Benih Pokok Berembang |
Pokok berembang merupakan spesies perintis dan kebiasaannya dijumpai di kawasan-kawasan tebing berlumpur. Spesies pokok ini juga mudah didapati di kawasan sungai serta kawasan yang sentiasa dilimpahi air pasang setiap masa. Spesies ini menjadi tempat kelip-kelip (fire flies) jantan mencari pasangannya dan buahnya menjadi makanan kepada Tuntung laut (Painted terrapin). Buahnya mempunyai kaliks berbentuk segitiga rata di luar sepal. Kaliks mengembang seperti bintang di bahagian bawah buah. Kebanyakannya mempunyai akar pernafasan yang banyak di bahagian dasar.
Pokok Bintagor Laut |
Buah Bintagor Laut |
Bunga Bintagor Laut |
Bintangor Laut tumbuh di kawasan pantai berpasir. Pokoknya bersaiz sederhana besar, tidak berbanir serta lazimnya ia berdahan rendah. Mempunyai batang berwarna kelabu dan kuning langsat. Kulit merekah tohor (cangkat) serta lembut di bahagian kulit dalam dan berwarna merah samar-samar. Kulit dalamnya juga berlapis-lapis dan bergetah kuning. Ranting yang kering seakan-akan hitam dan licin. Mempunyai buah bersegi. Berdaun tebal, berbujur bulat, dan panjangnya 7 cm hingga 16 cm. Tulang belakang daun tajam sedikit dan berbunga putih.
Pokok Nipah |
Buah Nipah |
Nipah adalah sejenis tumbuhan palma yang tumbuh di kawasan pesisiran sungai yang mudah dilimpahi air pasang yang sering bertemu dengan air tawar di mana keadaan kemasinannya adalah rendah. Pohon nipah mempunyai batang berpelepah yang terdiri daripada helaian daun panjang bebentuk rosette di hujung dahan. Nipah mengeluarkan sejenis mayang yang besar berwarna kekuningan. Buahnya adalah keras bersegi, tersusun rapat membentuk satu cluster yang berbentuk bulat.
Pokok Nyireh Batu |
Bunga Nyireh Batu |
Buah Nyireh Batu |
Pokok Nyireh Batu boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. Batangnya mempunyai kulit merekah dan berwarna perang. Daun tersusun secara berpasangan, tebal pada bahagian pangkal daun dan berwarna hijau tua apabila matang. Mempunyai bunga bersaiz kecil yang berwarna merah jambu dan buah jenis kapsul yang berwarna kuning keperangan apabila matang.
|
|
|
Spesies ini kebiasaanya dijumpai di kawasan-kawasan tebing berlumpur. Spesies ini juga mudah didapati di kawasan sungai serta kawasan yang dilimpahi air pasang. Buahnya mempunyai kaliks berbentuk segitiga rata di luar sepal. Kaliks mengembang seperti bintang di bahagian bawah buah. Kebanyakannya mempunyai akar pernafasan yang banyak di sekeliling pangkal pokok.
Pokok Rhu Tepi Pantai |
Kon Pokok Rhu |
Pokok ini hanya dapat tumbuh dengan baik di kawasan pantai berpasir. Ia tidak terdapat di kawasan dalam hutan rimba atau mana-mana kawasan melainkan ia kerap kali ditanam terutamanya di kawasan-kawasan bandar sebagai landskap. Berbatang sederhana besar serta tidak berbanir. Kulit beretak retak serta sedikit mengelupas dan berwarna hitam manis atau kelabu tetapi mempunyai isi kayu berwarna merah. Mempunyai bentuk daun seperti jarum yang halus serta berwarna seakan hijau kekuning-kuningan. Terdapat gegelang sekeliling ranting. Mempunyai buah yang keras berbentuk bujur bulat dan berwarna hitam manis.
Pokok Tengar |
Bunga Pokok Tengar |
Pokok kecil dengan ketinggian normal tidak melebihi 10 m.Kebiasaannya banyak dijumpai di sepanjang Pantai Timur tetapi terdapat sedikit di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Spesies ini kebiasaannya berada di kawasan selepas dirian pokok bakau. Berdaun kecil berwarna hijau kekuningan dan bulat atau hujung daun berbentuk ‘V’. Daunnya juga sering dijumpai dalam bentuk berkelopok di hujung ranting. Propagule berbentuk kecil dan nipis dan lingkaran tangkai yang kukuh serta saiz ketika mencapai tempoh matang di antara 13 cm hingga 16 cm.
Daun Tumu Merah |
Bunga Tumu Merah |
Biasanya pokok Tumu Merah ditemui tumbuh di kawasan selepas dirian hutan paya laut iaitu di kawasan yang kurang atau jarang dilimpahi air pasang. Ciri-ciri morfologi pokok mempunyai kulit merekah, berwarna coklat kehitaman atau hampir-hampir hitam, apabila tua akan membentuk rekahan yang dalam dengan lentisel di sekitar batang tetapi bagi kulit pokok muda ia kelihatan seperti berparut-parut. Daun berwarna hijau tua dengan tangkai daun yang agak panjang. Mempunyai daun pengasuh dan bunga yang berkelopak merah.