BAKAU KURAP (Rhizophora Mucronata)
Anak Pokok |
Bunga Bakau Kurap |
Buah dan Bunga |
Pokok Bakau Kurap mempunyai ciri morfologi yang hampir sama dengan Bakau Minyak. Pokoknya sederhana besar serta mempunyai lengkungan akar jangkang dan akar topang yang berfungsi mengukuhkan dirian pokok. Kulitnya beretak-retak sekeliling batang serta warna hampir kehitam-hitaman. Daunnya berbentuk bujur dan lebar serta berbintik coklat di bahagian permukaan belakang daun. Hujung dan pangkal daun berbentuk dempak serta berduri bahagian belakang. Daun pengasuh berwarna hijau atau kemerah-merahan. Bakau Kurap mempunyai bunga yang lebih besar dari Bakau Minyak dan tangkai bunga berwarna putih serta berkelopak tebal. Buah berbentuk bulat telur dan akan matang menjadi dua kali ganda panjang saiz berbanding Bakau minyak.