API - API PUTIH (Avicennia Alba)
Pokok Api-Api Putih |
Bunga Api-Api Putih |
Buah Api-Api Putih |
Pokok Api-api putih adalah kumpulan spesies perintis yang berada di kawasan zon hadapan hutan paya laut yang sering dijumpai di tepi laut dan juga sungai. Ciri-ciri morfologi pokok Api-api putih adalah berbatang licin dan berwarna kelabu serta berpuru halus. Kulit dalamnya keras seakan-akan berwarna putih. Mempunyai daun berbentuk lembing, tirus ke pangkal, berkilat dan berwarna hijau tua di sebelah permukaan atas daun dan keputih-putihan di bahagian permukaan belakang daun. Tulang belakang daun nampak kekuning-kuningan. Mempunyai bunga yang kecil, berwarna kuning serta buah berwarna hijau dan berbulu dengan bentuk rupanya seakan-akan pacat kekenyangan.