Logo Program
PERKARA | PENERANGAN |
Propagul yang matang | Biji benih pokok bakau (Rhizophora) yang matang atau dikenali sebagai ‘propagule’ apabila jatuh bersedia bercambah menjadi biji benih. |
Anak pokok bakau berdaun lebar dan tebal (warna hijau) | Dirian pokok bakau yang tumbuh subur dapat membentuk ekosistem pesisiran pantai yang stabil. |
Tumbuhan daripada spesies yang lain (warna merah) | Dirian pokok daripada spesies-spesies lain yang hidup secara ‘synergi’ dan berselang seli dengan dirian pokok bakau membentuk ekologi yang seimbang dan menjadi habitat kepada kepelbagaian spesies flora dan fauna di pesisiran pantai Negara. |
Treasure The Mangroves | Slogan ini mengiktiraf betapa pentingnya masyarakat menyayangi, memelihara, memulihara dan melindungi hutan paya laut dan ekosistem hutan pesisiran pantai yang terdiri daripada flora dan fauna yang tidak ternilai harganya. |