Skop Program

Pelaksanaan program ini meliputi skop utama seperti berikut:

i.   mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk ditanam (kawasan yang berisiko rendah/kurang bermasalah dan tiada konflik dari sudut perundangan). Kawasan-kawasan ini dikenal pasti melalui sama ada dengan cara konvensional atau penggunaan teknologi terkini seperti remote sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS)
ii.   memastikan perolehan dan bekalan bahan tanaman yang mencukupi bagi menjayakan aktiviti penanaman pokok di setiap negeri yang terlibat
iii.   menilai kesesuaian kawasan penanaman bagi mendapatkan input teknikal untuk menjamin kejayaan aktiviti penanaman
iv.   melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersepadu bagi menangani cabaran dan penyelesaian masalah pelaksanaan program dan
v.   memantau dan menilai pelaksanaan program secara berterusan.