Struktur dan Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Program
Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara adalah bertanggungjawab menentukan hala tuju dan keperluan pelaksanaan program. Dari segi penyelarasan pelaksanaannya, setiap jawatankuasa di bawah Pasukan Petugas mempunyai fungsi-fungsi yang telah ditetapkan. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, dua kumpulan pakar telah ditubuhkan di bawah JTPP dan JTRD iaitu, Jawatankuasa Kerja Program Penanaman (JKTB) dan Core Group R&D.
Rajah 1: Struktur Penyelarasan Pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
Mekanisme penyelarasan pelaksanaan program telah diwujudkan bagi melicinkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program. Bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan menepati sasaran yang dirancang menggunakan kaedah ‘Penglibatan Bersama Secara Berstruktur dan Bersepadu’ (Structured, Integrated and Participatory Approach). Kaedah ini melibatkan penyertaan secara bersepadu di antara Jabatan-jabatan dan agensi teknikal di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan NGO yang diterajui oleh NRE.
Rajah 2: Mekanime Penyelarasan Pelaksanaan Program