Terma Rujukan JTRD
JAWATANKUASA TEKNIKAL MENGENAI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
LATAR BELAKANG
Berikutan dari mesyuarat Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-pokok Bakau dan Spesies-spesies Sesuai Di Persisiran Pantai Negara – Pasukan Petugas Khas pada 7 Februari 2005 di Wisma Tanah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, mesyuarat telah memutuskan untuk menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan Penanaman Pokok Bakau dan Lain-lain Spesies di Persisiran Pantai yang diketuai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), dan Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Mengenai Penanaman Pokok Bakau dan Lain-lain Spesies yang Sesuai di Persisiran Pantai Negara diperngerusikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat perancangan dan melaksanakan projek penanaman bakau di kawasan persisiran pantai negara. Manakala Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan kawasan yang telah dikenalpasti untuk dijalankan tanaman spesies bakau dan spesies lain yang bersesuaian.
Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, FRIM telah mengenalpasti sebanyak 18 buah organisasi terdiri dari pelbagai jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam tempatan, badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan untuk menjadi anggota Jawatankuasa Teknikal (R&D) tersebut di atas.
OBJEKTIF
Objektif Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) adalah seperti berikut:
i) Jawatankuasa Teknikal (R&D) adalah bertanggungjawab bagi memberi khidmat nasihat teknikal dari segi kesesuaian spesies yang akan ditanam, teknik penanaman yang sesuai dan praktikal bagi kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sesuai untuk ditanam oleh Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan (JTPP) yang diketuai oleh JPSM.
FUNGSI JAWATANKUASA TEKNIKAL (R&D)
Fungsi Jawatankuasa Teknikal (R&D) adalah seperti berikut:
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)i) Jawatankuasa Teknikal (R&D) adalah bertanggungjawab bagi memberi khidmat nasihat teknikal kepada JPSM dan lain-lain agensi berhubung spesies bakau dan lain-lain spesies yang sesuai untuk ditanam di kawasan-kawasan tanaman yang telah dikenalpasti oleh Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Perlaksanaan (JTPP) ii) Jawatankuasa Teknikal (R&D) bertanggungjawab untuk memberi panduan dan halatuju R&D berhubung kaedah penanaman dan perlindungan bakau dan lain-lain spesies di persisiran pantai negara bagi menangani ancaman hakisan dan bencana alam iii) Jawatankuasa Teknikal (R&D) ini juga akan mengenalpasti pakar-pakar dari agensi teknikal, institusi pengajian tinggi awam tempatan dan serantau, masyarakat tempatan, badan bukan kerajaan dan pihak swasta yang difikirkan dapat memberi sumbangan dari segi teknikal di dalam pelaksanaan R&D penanaman bakau di persisiran pantai negara iv) Jawatankuasa Teknikal (R&D) menggalakkan penyelidikan bersama agensi luar negara berhubung dengan isu berkaitan. Pemantauan
i) Jawatankuasa Teknikal (R&D) akan memberi khidmat nasihat dan memantau keberkesanan dan kejayaan projek tanaman dari segi pertumbuhan, ancaman dari serangan serangga, kulat dan sebagainya serta mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kejayaan projek tanaman ini.
Danai) Jawatankuasa Teknikal (R&D) juga akan meneliti cadangan penyelidikan yang dikemukakan dan memberi nasihat dan cadangan sebelum dimajukan kepada pihak bertanggungjawab menyalurkan dana bagi tujuan R&D
Penyebaran Maklumati) Jawatankuasa Teknikal (R&D) akan menyebarkan maklumat mengenai perlaksanaan dan keberkesanan aktiviti-aktiviti projek sebagaimana yang dirancang melalui laporan, penerbitan, seminar, bengkel dan sebagainya.
KEAHLIAN
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL MENGENAI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
1. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) - (Pengerusi) 2. Bahagian Pembangunan Perhutanan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) 3. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 4. Jabatan Perhutanan Sarawak 5. Jabatan Perhutanan Sabah 6. Jabatan Alam Sekitar 7. Jabatan Pengairan dan Saliran 8. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) 9. Universiti Malaya 10. Universiti Kebangsaan Malaysia 11. Universiti Malaysia Sarawak 12. Universiti Malaysia Sabah 13. Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia 14. Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 15. Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca 16 Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) 17. Wetlands International 18. Persatuan Pencinta Alam (MNS) 19. WWF Malaysia 20. Global Environmental Centre 21. Encik Gan Boon Keong
KEKERAPAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL (R&D)
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (R&D) akan dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ketua Pengarah FRIM atau seorang wakil yang dilantik oleh beliau. Mesyuarat akan diadakan setiap bulan. Notis mesyuarat, tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan dari masa ke semasa.