Terma Rujukan JTPP

JAWATANKUASA TEKNIKAL MENGENAI PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENANAMAN POKOK BAKAU DAN SPESIES- SPESIES  YANG SESUAI DI PERSISIRAN PANTAI (JTPP)

  • LATAR BELAKANG

    Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia  telah menegaskan tentang pentingnya peranan yang dimainkan oleh hutan paya laut (HPL) bagi melindungi serta mengurangkan kesan kemusnahan oleh tragedi ombak tsunami. Menyedari tentang pentingnya kestabilan ekosistem persisiran pantai terutamanya di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan kritikal, terdedah kepada hakisan tanah, bahaya pukulan ombak besar serta tiupan angin kencang dari laut, maka tindakan untuk melaksanakan program penanaman pokok  di sepanjang tepian pantai negara dengan pelbagai spesies pokok bakau dan lain-lain spesies yang sesuai perlu dilaksanakan segera.  

    Susulan daripada gesaan tersebut, satu Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Persisiran Pantai Negara telah pun dibentuk di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Ketua Setiausaha, NRE. Jawatankuasa tersebut yang telah bermesyuarat pada 7 Februari 2005 telah       memutuskan penubuhan dua Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa-Jawatankuasa tersebut adalah:

    (a)   Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan
    (b)   Jawatankuasa Teknikal Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan

  • OBJEKTIF

    Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan (JTPP) yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah untuk menyediakan perancangan terperinci serta menyelaraskan program penanaman pokok bakau dan lain-lain spesies yang sesuai di persisiran pantai negara. Di dalam menjayakan program ini aspek-aspek perlu diambilkira adalah kawasan-kawasan zon penimbal, kawasan perlindungan ke atas penempatan-penempatan awam, kemudahan-kemudahan asas dan kawasan perlindungan di muara dan tepian sungai.  Di samping itu, perancangan juga perlu mengambilkira kesesuaian tempat, spesies-spesies yang hendak ditanam dan faktor-faktor ekologi setempat.

    JTPP akan memainkan peranan bagi mencapai objektif yang telah disediakan oleh Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Persisiran Pantai Negara.

  • FUNGSI

    Fungsi JTPP adalah sebagai berikut:

    1.   Mengenalpasti, mengumpul dan menyediakan maklumat-maklumat tentang kawasan yang dicadangkan bagi program penanaman pokok di persisiran pantai
    2.   Memilih dan menentukan pendekatan yang sesuai
    3.   Mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi menilai kemajuan program penanaman.
    4.   Memantau program penanaman dan pemulihan susulan ke atas semua kawasan yang terlibat dengan penanaman pokok di persisiran pantai.
    5.   Menyediakan laporan kemajuan yang dicapai mengenai program penanaman kepada Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Persisiran Pantai Negara.
    6.   Menyelaraskan program penanaman persisiran pantai yang dilaksanakan di negeri-negeri.
    7.   Menentukan kaedah dan teknik yang sesuai mengikut kesesuaian tanah dan aspek-aspek penstabilan kawasan persisiran pantai.
    8.   Menilai kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti mengikut kategori status tanah:
    • kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK)
    • kawasan Tanah Kerajaan (TK)
    • kawasan Tanah Berimilik (TM)

  • KEAHLIAN

    AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL MENGENAI PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENANAMAN POKOK BAKAU DAN LAIN-LAIN SPESIES YANG SESUAI DI PERSISIRAN PANTAI

    1.   Ketua Pengarah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) - Pengerusi
    2.   Setiausaha Bahagian Perhutanan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
    3.   Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
    4.   Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
    5.   Ketua Pengarah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
    6.   Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia
    7.   Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM)
    8.   Ketua Pengarah, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
    9.   Ketua Pengarah, Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)
    10.   Pengarah, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
    11.   Dekan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
    12.   Ketua Unit, Mangrove Research Unit, Institute of Oceanography, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    13.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Sarawak
    14.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Sabah
    15.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Johor
    16.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
    17.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
    18.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri N. Sembilan/Melaka
    19.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
    20.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Perak
    21.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
    22.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
    23.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
    24.   Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
    25.   Pengarah, Unit Silvikultur dan Perlindungan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia
    26.   Pengarah, Unit Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia
    27.   Pengarah, Unit Ladang Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia
    28.   Pengarah, Unit Perancang Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia
    29.   Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia
    30.   Presiden, Global Environmental Center (GEC), 2nd Fl. Wisma Hing, 47300 Petaling Jaya
    31.   Pengarah Eksekutif, WWWF-Malaysia, 49, Jalan SS23/15, Taman SEA, 47400 Petaling Jaya
    32.   Presiden, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), JKR 641 Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan,50480 Kuala Lumpur
    33.   Presiden, Wetlands International-Malaysia, 3A 39, 4th Floor, Block A, Lobby C, Kelana Jaya Centre Point,Jalan SS 7/19, 47301 Petaling JayaUrusetia
    34.   Urusetia, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

  • MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL MENGENAI PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN (JTPP)

    JTPP yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia akan mengadakan mesyuarat setiap bulan. Notis mesyuarat, tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan dari masa ke semasa.