Kepelbagaian Spesies Pokok Di Pesisiran Pantai

Kepelbagaian Spesies Pokok Di Pesisiran Pantai

Masyarakat kini semakin sedar tentang peranan penting hutan dalam memberikan keselesaan dan kesejahteraan kehidupan seharian seperti tumbuhan menghijau yang membekalkan udara bersih dan nyaman selain menenangkan fikiran melalui pemandangan yang indah, membekalkan sumber air bersih serta menjadi tempat tinggal kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang unik.

Di antara spesies yang tumbuh di kawasan hutan paya laut adalah seperti Bakau Minyak (Rhizophora apiculata), Bakau Kurap (Rhizophora mucronata), Tengar (Ceriops tagal), Tumu Putih (Bruguiera sexangula), Lenggadai (Bruguiera parviflora)dan pelbagai spesies-spesies yang lain dan yang bersaiz kecil.

Selain hutan paya laut, terdapat pelbagai spesies-spesies lain yang tumbuh di sepanjang kawasan pesisiran pantai seperti Rhu Pantai (Casuarina equisetifolia), Bintangor Laut (Calophyllum inophyllum), Kelat Jambu Laut (Syzygium grande), Bebaru (Thespesia populnea), Ara (Ficus sundaica) dan spesies-spesies yang lebih kecil dan rendah.

 apiapi-putihApi-Api Putih
(Famili Avicenniaceae)

 

bakau-minyakBakau Minyak
(Famili Rhizophoraceae)

 

berembangBerembang
(Famili Lytharace)

 

nyireh-batuNyireh Batu
(Famili Meliaceae)

 

perepatPerepat
(Famili Lythraceae)

 

tengarTengar
(Famili Rhizoporaceae)

 

bakau-kurapBakau Kurap
(Famili Rhizophoraceae)

 

bebaruBebaru
(Famili Malvaceae)

 

bintagor-lautBintangor Laut
(Famili Guttiferae)

 

nipahNipah
(Famili Palmae)

 

rhu-pantaiRhu Pantai
(Famili Casuarinaceae)

 

tumu-merahTumu Merah
(Famili Rhizophoraceae)