Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara adalah bertanggungjawab menentukan hala tuju dan keperluan pelaksanaan program.
Bagi membantu dalam menyelaras pelaksanaan aktiviti bagi mencapai objektif yang telah digariskan, dua (2) jawatankuasa telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara (JTPP) dan Jawatankuasa Teknikal Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan (JTRD).
Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, dua kumpulan pakar telah ditubuhkan dibawah JTPP dan JTRD iaitu jawatankuasa Kerja Program penanaman (JKTB) dan Core Group R&D.