|
PENGENALAN HUTAN PESISIRAN PANTAI NEGARA |
 Pesisiran Pantai Negara Kawasan pesisiran pantai merupakan entiti yang kompleks di mana pelbagai interaksi haiwan, tumbuhan, manusia dan kuasa alam yang dinamik berlaku. Pada amnya, kawasan pesisiran pantai di negara ini terdiri daripada pelbagai bentuk rupa bumi dan keadaan geo-morfologi yang berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain seperti pantai landai dan berpasir, tanah berlumpur di kawasan hutan bakau, delta, muara sungai, dan sungai yang di pengaruhi oleh air masin. Kawasan ini merupakan kawasan yang agak sensitif apabila terganggu sama ada akibat pembangunan atau secara semulajadi seperti pukulan ombak atau banjir. |
|
Seterusnya...
|
|
|
PERANAN HUTAN PESISIRAN PANTAI |
 Habitat Fauna Kawasan hutan yang wujud di sepanjang pesisiran pantai memainkan peranan yang amat penting kepada kesejahteraan penduduk pesisir yang tinggal berhampiran dengan pantai dari segi sosio ekonomi, alam sekitar dan keselamatan. Di samping itu, ianya merupakan lapisan zon semulajadi yang melindungi pesisir pantai daripada kuasa fizikal alam seperti ombak dan ribut taufan serta mencegah dan mengurangkan kadar hakisan pantai. Kawasan ini juga merupakan habitat penting kepada pelbagai flora dan fauna serta hidupan marin. Selain itu, kawasan hutan pesisiran pantai juga memainkan peranan penting sebagai penapis sampah daripada terapung di laut lepas. |
|
Seterusnya...
|
|
|
PROGRAM PENANAMAN POKOK DI PESISIRAN PANTAI NEGARA |
|
Selepas peristiwa tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu, Kerajaan telah menyarankan supaya usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan kawasan di pesisiran pantai negara dipertingkatkan. Bagi menyahut saranan tersebut, satu Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara telah ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 7 Februari 2005. Di bawah jawatankuasa induk tersebut, dua jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi menggembleng usaha-usaha pelaksanaan penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara iaitu Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan (JTPP) dan Jawatankuasa Teknikal Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan (JTRD).  Program Penanaman Pokok Bakau |
|
Seterusnya...
|
|
|
|