Accessibility Tools

21 Oktober 2023: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) telah menganjurkan Program Penanaman Pokok Bakau "Treasure The Mangrove" Sempena Program Penghijauan Malaysia.

Program ini telah disertai seramai 30 orang yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan Fakulti Perniagaan, Perakaunan dan Sains Sosial, UPTM yang diketuai oleh DR. Norreha binti Othman, dekan daripada fakulti tersebut. Para peserta juga telah diberi taklimat pembukaan oleh En Jamal Shuhaily bin Shahar, Ketua Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai, Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan, JPSM manakala En Gana Raj Anak Katharayan, Ketua Seksyen Silvikultur Dan Perlindungan Hutan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor turut hadir Sama dalam mengetuai pasukannya untuk Sesi Penanaman ini. Para peserta juga telah diberi taklimat sebelum memulakan penananam yang telah disampaikan oleh En Fairul Aswan bin Ahmad Radzuan, Penolong Pemelihara Hutan, daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Peserta sangat komited dalam menjayakan program ini dan telah berjaya menanam sebanyak 500 anak pokok daripada spesies Bakau Kurap ( Rhizopora mucronata) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Selangor.

Kerjasama yang erat di antara jabatan dan institusi pengajian tinggi seperti ini diharap dapat menyebarluas kepentingan ekosistem kawasan hutan terutamanya kawasan hutan paya laut kepada masyarakat awam.

bakau

bakau2

bakau3

bakau4

bakau5

bakau6

Sumber: Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan