Accessibility Tools

Pemantauan Lapangan Oleh Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai, JPSM

Pada tahun 2012, beberapa siri lawatan pemantauan dan penilaian lapangan ke kawasan penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara telah diadakan oleh Pegawai Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai, JPSM. Lawatan tersebut adalah lanjutan daripada lawatan yang telah diadakan bagi Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (2006-2010) dan tahun 2011. Tujuan lawatan ialah untuk menilai peratusan kehidupan pokok, mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi di lapangan dan menilai outcome Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara.

pemantauan 2012