Accessibility Tools

Selepas peristiwa tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu, Kerajaan telah menyarankan supaya usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan kawasan di pesisiran pantai negara dipertingkatkan. Bagi menyahut saranan tersebut, satu Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara telah ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 7 Februari 2005. Di bawah jawatankuasa induk tersebut, dua jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi menggembleng usaha-usaha pelaksanaan penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara iaitu Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan (JTPP) dan Jawatankuasa Teknikal Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan (JTRD).

program penanaman bakau
Program Penanaman Pokok Bakau

Pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara adalah satu rancangan pembangunan jangka panjang untuk kesinambungan kehidupan. Hutan pesisiran pantai adalah penting kepada kesejahteraan penduduk pesisir pantai dari segi sosio-ekonomi dan keselamatan.