Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) di mana mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menilai dan mengesahkan kawasan-kawasan yang sesuai sebagai lokasi penanaman di negeri-negeri, mengumpul maklumat mengenai kemajuan aktiviti penanaman yang dijalankan di setiap negeri, mengenalpasti masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa dan menjalankan pemantauan ke atas penanaman dan penyelenggaraan kawasan tanaman. Mesyuarat JKTB juga adalah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan susulan ke atas keputusan-keputusan serta ketetapan yang dibuat oleh mesyuarat JTPP. Mesyuarat ini telah diadakan sebanyak empat (4) kali dalam tahun 2022 dan siri mesyuarat yang telah diadakan pada tahun 2022 adalah seperti di Jadual 1.
Bil. | Mesyuarat JKTB | Tarikh |
1. | Bil. 1/2022 | 22 Februari |
2. | Bil. 2/2022 | 20 April |
3. | Bil. 3/2022 | 30 Ogos |
4. | Bil. 4/2022 | 18 Oktober |
Jadual 1: Mesyuarat JKTB Bagi Tahun 2022