Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan dan mengetahui pencapaian penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara serta keperluan input-input sokongan bagi menjayakan program tersebut. Antara perkara utama yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut adalah taklimat dan perbincangan mengenai kemajuan projek penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara yang telah dicapai sepanjang tahun 2022. Sebanyak empat (4) kali mesyuarat JTPP telah diadakan pada tahun 2022 dan telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari agensi-agensi teknikal Kerajaan Persekutuan, Jabatan/Agensi pelaksana peringkat negeri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tempatan. Siri mesyuarat yang telah diadakan pada tahun 2022 adalah seperti di Jadual 1.
Bil | Mesyuarat JTPP | Tarikh |
1. | Bil. 1/2021 | 23 Mac |
2. | Bil. 2/2021 | 14 Julai |
3. | Bil. 3/2021 | 30 September |
4. | Bil. 4/2021 | 15 November |
Jadual 1: Mesyuarat JTPP Bagi Tahun 2022