Accessibility Tools

  • Definisi

    Hutan pantai adalah hutan yang terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut. Antara tumbuh-tumbahan yang terdapat di hutan pantai ialah pokok Ru. Hutan pantai tedapat di Pantai Timur semenanjung Malaysia iaitu kebanyakan Pahang (Sekitar Kuantan), seluruh garis pantai Negeri Terengganu dengan jarak 255 km dan Kelantan.

  • Taburan Hutan Pantai

    Hutan pantai banyak didapati di kawasan seperti berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin laut. Antara lokasi yang boleh ditemui untuk hutan pesisiran pantai ini adalah seperti di Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi), Pantau Desaru (Johor), Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang), Pantai Pulau Talang-talang dan Pantai Pulau Sipadan (Sabah). Beberapa spesies dari hutan pesisiran pantai senang ditemui seperti  Pokok Rhu, Tapak kuda, Mengkuang, Bintagor Laut, Bebaru, Ketapang dan  Pokok renek. Pertumbuhan spesies tumbuhan hutan pantai ini berbeza berdasarkan jarak dan laut seperti pokok tapak kuda di mana ianya menjalar tumbuh hampir dengan laut diikuti pokok ru, pokok renek dan mengkuang. Ketinggian pokok-pokok hutan ini berbeza-beza, contohnya, pokok Rhu akan mencapai ketinggian sehingga 40m, manakala bagi pokok renek ketinggiannya hanya mencapai 6m sahaja.

  • Peranan Hutan Pantai

    Terdapat berbagai peranan penting yang dimainkan oleh hutan hutan pesisiran pantai sama ada dari segi sosio-eknomi mahupun terhadap kestabilan ekosistem. Contohnya hidupan fauna dan kepentingan hutan itu sendiri. Di pesisiran hutan pantai, seperti burung, biawak, tupai, ular dan kera adlah merupakan hidupan liar yang dapat mengimbangi ekosistem hutan tersebut. Selain itu, kepentingan hutan pantai seperti penggunaan kayu daripada pokok Rhu biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api. Manakala daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul. Terdapat juga beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia telah dijadikan kawasan-kawasan rekreasi dan pelancongan.