Accessibility Tools

Malaysia adalah sebuah negara yang di kelilingi laut dan mempunyai garis pantai yang Panjang iaitu sepanjang 8,840 km. Kawasan pantai negara terutamanya di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu pantai berlumpur kebanyakannya berada di pantai barat dan pantai berpasir kebanyakkannya terletak di pantai timur.

Kawasan pesisiran pantai boleh ditakrifkan sebagai kawasan yang meliputi 5 km ke arah darat dan 5 bn ke arah laut dari zon pasang surut. Ia merupakan kawasan tanah daratan yang dipengaruhi oleh laut dan kawasan laut yang dipengaruhi oleh daratan (PlanMalaysia, 2021). Kawasan pesisiran pantai negara merupakan kawasan yang dinamik dan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan peradaban manusia disebabkan oleh kekayaan sumber semulajadi, kepelbagaian peluang ekonomi, kemudahan akses serta kesuburan tanah.

Kawasan pesisiran pantai juga merupakan kawasan yang penting dalam menyediakan khidmat ekosistem yang bermanfaat kepada manusia terutamanya melalui sokongan secara langsung kepada industri perikanan, penternakan akuakultur dan eko-pelancongan, selain sebagai kawasan perlindungan dan tapak pembiakan semula jadi untuk benih ikan dan hidupan laut disamping menjadi tempat perlindungan burung.

Muat turun