Accessibility Tools

20-21 November 2023: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Bengkel Pengemaskinian Sistem E-Pesisir dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah).

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara hands-on berkenaan Sistem E-Pesisir kepada peserta dan mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam sistem.
Bengkel yang melibatkan seramai 16 orang pegawai JP Sabah telah dimulakan dengan sesi latihan yang dibimbing oleh En. Mohd Fairuz bin Fuazi, Pn. Ruzaini binti Abdul Rasid dan En. Muhamad Zulfazli Bin Zakaria dari MYSA.

Sesi bengkel diteruskan dengan lawatan ke Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi mendengar taklimat berkenaan Pengurusan Hutan Di Negeri Johor yang disampaikan oleh En. Ramlizauyahudin bin Mahli, Timbalan Pengarah (Pembangunan), JPNJ.

Peserta bengkel kemudian telah dibawa ke Taman Negara Tanjung Piai bagi melihat pembinaan struktur pemecah ombak "Coastal Block" kerjasama di antara JPSM-JPS. Peserta telah diberi taklimat oleh En. Mohamad Yassin bin Salikan dari JPS Kuala Lumpur. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh En Azren bin Khalil, Pengarah JPS Johor dan Puan Fauziyah Hanim Binti Noubi @Atan Jurutera Daerah Pontian.

Bengkel di akhiri dengan lawatan ke Taman Negara Tanjung Piai bagi melihat dan bertukar pandangan berkenaan pengurusan taman negara. Peserta telah diberikan taklimat oleh Puan Norwati bt Abdul Wahab, Pegawai Ehwal Ekonomi, Taman Negara Johor.

Kerjasama yang erat di antara pelbagai jabatan seperti ini diharap dapat mengukuhkan pertalian dan memangkin idea bagi melindungi kawasan pesisiran pantai negara