LAWATAN TAPAK BERSAMA PASUKAN
KAJIAN OUTCOME KE MELAKA
Lawatan lapangan di HS Merlimau Tambahan, Melaka bersama Pasukan Kajian Outcome telah diadakan bersama-sama Ketua Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai, Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, JPSM iaitu En Jamal Shuhaily bin Shahar dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka pada bulan Julai 2023 yang lalu. Tujuan lawatan lapangan ini adalah untuk meninjau kerja-kerja pasukan kajian outcome menjalankan aktivitinya di lapangan untuk menghasilkan satu Laporan kajian Outcome Program Penanaman Pokok-Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara untuk Siri ke dua.