-
Latar Belakang
Susulan daripada Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-pokok Bakau dan Spesies-spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara pada 9 November 2009, satu Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal Pemantauan telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan adalah bahagian di bawah NRECC yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pemantauan di tapak-tapak projek penanaman dan juga projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara.
-
Objektif
Objektif JTP adalah seperti berikut:
- memantau pelaksanaan program di lapangan;
- mencadangkan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan di lapangan;
- memastikan sesuatu tindakan yang sesuai untuk mengatasi permasalahan di lapangan dapat diselesaikan; dan
- memantau pencapaian pelaksanaan oleh JTPP dan JTRD berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan.
-
Fungsi
Fungsi JTP adalah seperti berikut:
- menjalankan pemantauan pelaksanaan aktiviti program di lapangan;
- mencadangkan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan di lapangan;
- memastikan sesuatu cadangan tindakan penambahbaikan dilaksanakan di lapangan;
- memantau pencapaian pelaksanaan oleh JTPP dan JTRD berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan;
- melaporkan kepada Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-spesies Yang Sesuai Di pesisiran Pantai Negarahasil pemantauan dari semasa ke semasa; dan
- mengadakan aktiviti pemantauan ke kawasan-kawasan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-spesies Yang Sesuai Di pesisiran Pantai Negaradi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk kawasan-kawasan yang melibatkan penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs).
-
Kekerapan Mesyuarat
JTP akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau mengikut keperluan.